Tuesday, February 9, 2010

Nafiessa Alya

Last night, in the class, Nafiessa came to me and asked..Aunty Fa, can I have your blog address?

Sempena dengan itu, saya masukkan entry ni khas buat Nafiessa...Girl, I hope you like it!!! :D

Nafiessa is one of my students. She joined Aneeq Communications early last year. Cute, diligent, polite, happy go lucky and energetic, that's what I can say about her.....

Having a strong self confidence, she always be the first one who is ready to come to the front for any presentation.

Picture taken last year.

Mmmmm..bestnyer, mee mamak !!
(Uncle Atip yang goreng maaaa....)

Aunty Fa, can I wash this?

So cute, isn't she? Eventhough she is still 8 yrs old, tapi kadang2 I will simply give her questions for year 4 or 5 students. And....no kidding, she can manage it !

Remember? I met her at Sogo..

And this is the note given to me on my birthday. Nafiessa, you are such an adorable girl...Okay dear, everytime if you feel like leaving a note, just go to my chatbox !!!! Daaaaaa........ :)

Sunday, February 7, 2010

Yang Mana


BERFIKIR TANPA BERBUAT BAIK
atau
BERBUAT BAIK TANPA BERFIKIR

Friday, February 5, 2010

5 Kupang


Bas no. 33.
Tambang 5 kupang!

Dulu masa saya bujang, inilah transport saya setiap hari. Seronok naik bas mini kalau basnya masih baru. Setiap hari saya berulang dari Chowkit ke PJ (masa tu saya tinggal di Kg Baru). Kalau bas mini yang datang tu basnya baru memang saya happy. Especially kalau drivernya budak muda, bawak pun laju dan dia akan pasang lagu kuat2. Hehehe...kadang2 saya akan berebut duduk kat depan. Bukan nak mengorat driver lah!! Tapi saya nak mintak dia pasangkan kaset saya.

Pernah saya bagi dia pasang kaset original Tina Turner. Saya pun nak bagi dia pasang kena tengok player dia dulu. Baru ke lama. Kalau baru, okaylah, kalau playernya dah buruk baik tak payah....sampai je PJ, budak muda tu pun automatik pulangkan kaset saya sambil senyum. :D

Banyak kenangan sewaktu naik bas mini ni. Saya pernah naik sekali dengan hubby waktu kami bertunang dulu. Orang lain dating naik teksi tapi kitorang naik BMW apaa..okay lah tuuu...hahahaha.....waktu tu kami pergi ke Ampang Park. Sebut je Ampang Park, our favourite place is Cozy Corner. Tak tahulah sekarang restoran tu masih ada ke tak.

Driver bas mini ni ada yang daring giler. Pernah saya berebut naik bas, rupa2nya muatan dah penuh. Dan saya orang yang last sekali naik dan berdiri betul2 di tangga yang terakhir!! Driver pulak terus jalan, dan saya terpaksa berpaut pada pemegang sambil menjerit....Makkkkk!!!! Berhentiiii!!!!!!

Cepat2 konduktor bas datang dan berdiri di belakang saya, kiranya macam nak jadi penyelamatlah supaya saya tak jatuh. hehehe....



Wednesday, February 3, 2010

My New Baby.... :D


1st February.

Tq for those yg telah menghantar ucapan birthday melalui sms, facebook, dan juga di chatbox. I really appreciate that. Bila usia meningkat, so many things yg datang dalam fikiran saya. Lebih kepada muhasabah diri, how I wish that hari2 yang mendatang akan lebih baik dari yang semalam. I strongly believe that there is always room for improvement.

To my hubby, thank you very much dear.....the feeling of excitement tahun ni, berbeza dari tahun2 yang lepas....just because of.....

THIS !!

When hubby passed me the key, on that very particular day, I was so touched and impressed. Dalam hati saya penuh dengan bunga-bunga!

My new baby on my birthday !!

En Yusof was explaining to us on the functions.

In the evening, enjoying the cake, of course.

Hubby with his black pepper lamb pie.

My favourite dish.

Mmmm...lamb chop.

Bro Lenon, there was no candle light dinner because masing2 dah rabun dekat, kang tak nampak makanan, takut tecekik tulang! :D




Thursday, January 28, 2010

Rehat Jap

Aintsuperwoman MUNGKIN tidak
bersiaran untuk 3 hari.
See you on Monday!!!
InsyaAllah......... :P

Tuesday, January 26, 2010

Gader gader

Seronok bila AKAK dah umumkan nak gader2 this week. Kat Papparich lagi....tapi ya ampun, Fa tak jadi turun KL minggu ni tapi minggu depan insyaAllah....

And I know minggu depan pulak ramai yang tak ada because of kenduri here and there.

Akak and Kakcik...proceed dulu lah plan nak jumpa2 minggu ni ye, jangan ditunggu hamba yang jauh ni...hamba hanyalah dagang merantau (hamba juga cucu cicit dagang Pak Malau)**sob sob**. Hamba terasa nak berpantun pulakkk...

Mari memetik bunga kekwa
Bunga ditepi pagar berduri
Makan, bersembang sambil ketawa
(terbayang2 je, Akak mengekek2 gelak masa makan)
Hamba seorang yang gigit jari

(sambil menyapu air mata) Akak dengan Kakcik jangan tunggu Fa ye...orderlah macam2, Lambchop, Chickenchop, Soda Laici, Nasi Ayammm.....tu, untuk Azieazah tu, orderlah Mee Kung Fu untuk dia...lepas tu, Somuffins tu, order muffin banyak2.......untuk Acciaccatura pulak, order le dessert ke, desert ke...untuk yang lain2 pulak, order apa2 je la yang depa terasa nak makan.

Tiba2......
tangan hamba rasa tak berdaya
Hamba mintak diri dulu ya,
Esok hamba nak berkelana....

kihkihkih.....(hubby gelak!!!)

Monday, January 25, 2010

Aktiviti Hari Ini

Hubby tanya lagi, bila nak letak gambar dia yang lain2..I said, ho ho ho ho....cukup dah yang tu, tak payah dah...hehehehe.....

Well, today kami memulakan lagi diet kami yang entah ke berapa kali! (Zar, cepat2 la buat entry diet tu, ye!) Hubby said dia cuba tak nak makan malam. Mmmm....nak tak nak, I think I pun kena buat macam tu. Nanti dia sorang je yang slim mlim tak ke naya!

Our breakfast. Nampak macam bagusss je. Harap2 bertahan lama. Akak jangan risau, nasi lemak....no way!

Before makan, shake shake shake! One for me, one for hubby!

Tengahari, makan nasi as usual. Mula2 susah nak kurangkan nasi. Just remind ourselves, jangan tambah! So, letak nasi banyak2!! Hehehe...
Hubby tolong basuh dan siangkan ikan. Ouchhhhhh !! Jari hubby kena gigit dek ikan barat (western fish).
Saya buat bahagian yang mudah2 aje, iaitu basuh sayur.

2 ekor kucing tanpa nama nilah yang selalu menempel di luar tingkap. Bagusnya depa ni tak berani langsung nak masuk ke rumah (selepas saya sergah mereka dengan gaya yang menakutkan!). Sambil2 masak kami akan didendangkan dengan lagu merdu dan rintihan dari mereka....so, selalunya adalah rezeki yang mereka dapat.....dari saya yang berjiwa halus dan lembut ni....hehehe....

Sunday, January 24, 2010

A . T . I . P

Again, I found hubby's old pictures when he was in ITM back in 1980s.

When The Smoke Is Going Downnnn....

Until now, still with his rayban.

Of all our sons, only Afeeq has his feature.

Well, as you can see, most of the pictures shown in my blog only a few are mine. Prefer to keep it that way....... :P

Friday, January 22, 2010

Hantu

Hari ni saya betul2 dah jadi Hantu Blog. Orang lain kata dia dah jadi Hantu Facebook tapi saya tak suka Facebook. Saya suka Blog. Blog saya suka, Facebook saya tak suka. Jangan suruh saya pilih Blog atau Facebook. Mesti saya pilih Blog. Facebook saya buka kadang2 je, tapi Blog saya buka setiap masa. Itu sebab saya kata saya dah mula jadi Hantu Blog.

Elok ke jadi Hantu Blog? Kalau dah namanya Hantu, mesti la tak elok, kan? Ada ke Hantu? Kenapa guna perkataan Hantu? Kalau kata Hantu tak ada, kenapa orang takut Hantu? Dr. Fadhilah Kamsah kata, mana ada Hantu tapi Seekers kata Hantu wujud. Bukan ke Hantu tu sebenarnya Syaitan...Eeeee...apa yang saya merepek ni?

(mungkin sebab tak cukup tidur + perut laparrrr kottttt....)

Esok saya kena lebih ber`disiplin'. Kurangkan berBlog. Mungkin dalam sehari saya tetapkan mmmm....30 minit je atau kalau nak lebih sikit 34 minit ke.....At least.

Apa2pun saya nak berpantun lagi...semenjak baca pantun2 Kakcik, saya jadi suka nak berpantun, walaupun pantun saya macam tak kenaaaa je...tapi okayyyy whatttttt....

Terimalah pantun ini dari saya :)

Banyak nota atas gerobog....... (ejaan baru)
Eh..eh ada pulak sepit kuku
Esok saya nak kurangkan berblog

Esok jugak saya nak mula baca buku


Okay tak ni, kakcik???? Mana kakcik niii.....

Thursday, January 21, 2010

????$$&**!!!

The time is now exactly pukul 2.00 pagi. Tak boleh tidur!!!!

Lepas kelas pukul 10.00 tadi, saya dan hubby lepak2, sembang2, tengok movie sekejap. We decided untuk tidur awal malam ni (pukul 12.00 means masih awal for us). Tomorrow ada few things yang kena settle. And we need to leave the house by 7.00 a.m. (hopefully !!)

Apasal saya tak boleh tidur malam ni...terkebil2 sorang diri. Hubby dah lama berdengkur. So? Here I am, terpacak depan pc sorang2. Nak kata minum hot coffee tak pulak, tadi minum laici je.

Whatever it is, saya rasa saya nak merapu sorang2 pagi ni....

Nak cerita pasal apa ni?

Waaa...berjanggut jugak idea nak datang. Masa ni kalau minum hot chocolate and kunyah Famous Amos kan best. Tak pun makan nasi goreng USA with telur mata kerbau !! Nope, nope. Makan jeruk kedondong pun dah okay! (oooo...sh*t!!) Apasal teringat pasal makan ni??

Uishh..nampak gayanya idea memang tak mari laa...saya ni bukannya jenis kreatif nak cerita tu cerita ni...pasal politik? Bolehlah sikit-sikit. Pasal perkembangan hal ehwal semasa? Malaslah...Nak bermadah2 lagi la tak reti.

Macam ni la...Dah pukul 2.40 pagi dah ni. Punya lah slownya menaip. Maybe I should try to sleep. Walaupun terasa grrrrrrr...lapar...just ignore it la...takkan nak kejut hubby teman turun bawah pulak...sian dia, kan? Nak turun sorang2, ya ampunnnnn....hehehe. Tadi baru tengok citer Exorcist.

Alamak...menyesal pulak ingat movie tadi!! (dah mula rasa tak seronok!)

Sorry guys, nak stop dululah. Apa2 pun confirm malam ni tidur tak tutup lampu!! (bukan lampu stadium ye... :D) Biornye terang benderang...ishh...terbayang2 pulak muka dlm movie tadi!!! Siot. (oopss!)

Okay..sebelum tu, terimalah dulu pantun 2,3,4 kerat dari saya ni...(eppp...kakcik, jgn gelak !!!)

Ada sebatang penyapu
Di bawah pokok kelapa
Bukan sengaja saya nak merapu
Dah tak boleh tidur, nak buat macam mana?

Tima kasihhhhhhhhhh.....(sambil angkat tangan!!) kihkih..
(nak pikir pantun tu pun makan 20 minit tau!!)

Tuesday, January 19, 2010

Anak2 Sedara

Sewaktu saya melilau2 kat Facebook saya terjumpalah gambar ni kat FB anak sedara saya (anak my sister di Teluk Intan).

Nak cerita tentang 3 orang anak sedara saya ni.

Yang sulung Farid, masih belajar di ITM Shah Alam. Kedua Zana, tengah buat TESL di Maktab, Johor dan yang bongsu sekali Abby, form 4 ke form 5 ? Tak ingat. :)


Well, saya hanya berpeluang jumpa mereka, once in a blue moon. Yang pasti, setiap kali jumpa, they all mesti kena buli. Siapa buli? Saya leeee...yang kelakornya everytime jumpa especially the girls...bila kitorang bersembang, kuk kik kuk kik depa gelak.

Memang rumah kat kampung akan riuh kalau ada budak2 ni....Kejap2 hahahaha.....kejap2 hihihihi.....kejap2 kwa kwa kwa......

And ofcourse lah saya sentiasa seronok bila bersama mereka. Love you guys!! (Jangan mareeee...chik pinjam gambor ni yee..) :P

Sunday, January 17, 2010

Syed Azli a.k.a Kude

Remember entry saya bertajuk `Tumpo Yeop, Tumpo !!' ?

Selepas bertolak dari Putra Heights, kami menuju ke Wangsa Melawati. Kawan hubby, Mr. Syed Azli dah menunggu di rumahnya. Seperti biasa, banyak kalilah dia call kami, kami call dia...nak tau jalan punya pasal.


Hmmm...ni yang saya malas ni. KL ni kalau tak sesak jalan, tak sah. 1hb Januari, in my mind said, depa ni ada new year celebration kot? Tengok2 kat depannnn....sikit, rupa2nya ada accident la pulok....Mujur jumpa rumah. Kalau tak, memang boleh pitam...

The next morning, after breakfast, lepak2 (mata hubby bengkak bangun tidur...hehe). Syed Azli aka Kude adalah kawan karib dan kawan lama hubby. Kude lah yang jadi pengapit hubby masa we all kawin2 dulu. Kami juga pernah berjiran sewaktu tinggal di tepi Club Med, Cherating.


Saya berkenan sungguh dgn tanaman2nya yang menghijau. Soooo relaxing. Semuanya dijaga rapi oleh kedua ibubapa Kude. Once a while, bila Kude ada kerja di Pantai Timur, we all selalu invite him to stay at our place.

Pernah dulu, at one time, masa Kude tidur di rumah kami, keesokkannya kami terpaksa tinggalkan dia di rumah seorang kerana ada hal. (Sesiapa yg datang ke rumah kami, please make yourself at home!!) Jangan kecil hati kalau terpaksa ditinggalkan...hehehe.

Waktu kami tiba di rumah pada malamnya, Kude pun dah balik ke KL ....alhamdulillah, at least, dia boleh rehat2 dan lepak2 di rumah kami...

Qistina dgn senyum meleretnya. Baru last week dia call...`mama, makanan Syina dah habish. Mama poshlah lagi banyak2....'

(Akak, Aicah pelat tak pe, dia kecik lagi, Qistina ni dah 13 tahun...masih lagi...Syina shuka, Syina shuka)..

Aqil and Afeeq.


Selepas ini kami akan sokmo2 turun ke KL, Klang dan Bangi. Sesekali akan naik pulak ke Rantau Panjang.

Makin tua makin kena travel pulak......what to doooo..... :)

Thursday, January 14, 2010

Naik Darah

Sampai hari ni saya tak boleh lupa kejadian malam semalam.

Bukan mudah nak menahan sabar ketika dalam keadaan marah. Dan saya mengaku sayalah orang yang paling lemah dalam bab2 begini. Tak tahulah bagaimana rupa saya ketika itu. Mesti teruk !!!

Malam semalam saya masuk ke kelas hubby untuk ambil attendance. Sementara tu hubby tolong tengok2kan kelas saya. Malam tadi kelas menengah. Setelah saya mengambil kedatangan, saya rasa saya perlu menegur semula our students about their way of dressing.

Both of us dah make our own regulations that semua students dikehendaki berpakaian sopan dan menutup aurat dengan sempurna. No tight shirt and tight pants in the class.

Sewaktu saya bercakap there were few students yang mula membetul2kan semula tudung mereka yang singkat dan jarang. I was not trying to be so mean, sebab itulah saya bercakap sambil2 buat joke supaya tak ada yang kecil hati. Dalam masa yang sama, ketika itu saya mula perasan student yang bernama S yg dari awal tadi asyik tersengih2 and quite playful.

Suddenly S mengangkat tangan dan terus bertanya :-

Aunty Fa, next class boleh tak kalau kita nak pakai kain sembahyang?
(automatically 3, 4 orang students mula ketawa).

Saya merenung dalam pada student yang bernama S sambil bertanya...

What do you mean, kain sembahyang?
Mmm...tak pe, tak pe....she said sambil gelak2.
No, I am serious! What do you mean kain sembahyang? Telekung, is it?
Yaa...she replied sambil senyum2 and buat muka tak sudah.

Di saat itulah saya terus `menyembur'nya habis2an. Kata2 saya mungkin membuatkan dia agak terkejut kerana tak sangka saya akan jadi begitu marah. Saya cuba sedaya upaya to control myself but at the same time, saya mula terasa muka saya dah naik panas dan suara saya pun sedikit menggeletar menahan marah. Masa ni pun makhluk yang bertanduk tu pun mula lah memainkan peranannya sambil mengipas saya dengan laju, agaknya... :(

You dont try to be funny with me, okay!
You are sooo rude, you know that??
Kalau you datang sini, nak main2..then you better get out from here!!

bla..bla...bla...semua students mula senyap namun saya masih merenung tajam pada S. Entah kenapa saya rasa soalan tadi was sooooo sickening!! Sakit tttttayar betul dibuatnya. As if that dia sengaja nak show off something to all her friends.

Payahnya saya nak cuba tolerate dalam hal2 sebegini. Kalaulah saya mengajar di sekolah dan berdepan dgn anak2 murid yang kurang ajar, tak taulah apa cerita. Mesti saya asyik kena panggil dek Gurubesar je!! Bukan tak boleh nak bergurau, tapi jangan bergurau dalam bab2 agama.....

Saya keluar dan terus cerita pada hubby. Masa hubby masuk kelas, he saw S mengesat air mata. Huhhhh!! Biar dia nangis! Geram betul!! Tak kena sekeh mujur....dia betul2 dah buat kepala saya naik sengal.

Saya kemudian meneruskan kelas saya. Biarlah saya mengajar anak2 yg kecik2 ni daripada berhadapan dgn perangai2 remaja yang cepat buat saya naik darah. Kalau student kecik2 ni, senang. Saya jegil mata dan ketap bibir je depa dah duduk diam.

Hubby juga pernah mengamuk dalam kelas. Dan saya rasa hubby kalau marah pada students lagi dahsyat. Few times saya dengar suara dia dari luar kelas. Sshhh.....dengar tu, Uncle Atip dah mengamuk. Students saya pun mulalah buat kerja. Senyapppp tak berbunyi.

Kalau students yang pandai2 sikit tapi agak playful, mungkinlah we all tak kisah mana. Masalahnya bila ada students yang sangat2 lemah, malas nak berfikir, buat kerja sambil lewa, tak nak tumpukan perhatian dan main2 masa kita mengajar!

Berbalik pada S tadi.....I think kalau dia datang mintak maaf, I akan berlembut balik seperti biasa. But then after class, dia terus balik. ( I have informed her mother earlier on about the happening).

Tunggu je la next class (which is tomorrow morning). If she feels okay, she will come. If not, maknanya ada kekosongan dan akan diganti oleh nama yang ada dalam senarai KIV. Wallahu'alam.

(apa2pun, saya rasa saya juga perlu bermuhasabah diri....jangan cepat sangat nak melompat!!! Kalau nak dibandingkan dgn guru2 di sekolah lagilah besar dugaannya. Dan lagilah teruk perangai2 studentsnya)





Saturday, January 9, 2010

Atip & His Kudut (Part 1)


Kali ni hubby nak cerita pasal his favourite pet....KATAK . His name is Kudut (dari mana dia dapat nama ni, saya pun tak tahu).

Eventhough we have so many similarities and share the same interests...but oh nooo....not this one!!

Atip said :-

My 'katak' dan dunia per'katak'kan has been with me eversince I could remember how most kataks look like. They are cute, charming, funny, lovely, smart and...well...many more characters. When it was raining, at the age of 6 (the most), I enjoyed looking and handling the kataks. There were many of them in my `open concept' bathroom. My hometown is one of the best katak dwellings in Perak. In Bagan Datok, we used to have katak puru, katak pisang, katak hijau, katak pipeh and katak terbang.

Katak sangat penting sebagai indikator pencemaran alam semulajadi. Tingkat pencemaran lingkungan pada suatu daerah dapat dilihat dari jumlah populasi katak di situ. Katak merupakan salah satu makhluk purba yang telah ada sejarah ribuan tahun lalu. Jadi katak tetap exist dengan perubahan iklim bumi. Tentunya hanya pengaruh manusialah yang mungkin menyebabkan terancamnya populasi katak.

No doubt that they are sometimes very texturous, wet, damp, slimy and what not.....but they are very much appealing to me....I have drawn hundreds of katak throughout my life. Especially from my 'Cherating Collections' era, (1989 - 1992). Basically, my kataks have been flying to most parts of the world. They were on t-shirts, singlets, pareos, sarongs, kurtas, handkerchieves, drawings, paintings and even wall hangings and scrolls.

Never sick of kataks? Nope, I'm not. I love kataks naturally...

Ler ni ...ork, amber ader beler sekko katok. Namer KUDUT, it is a very cute and smart looking toad, roughly 3 years old by now. First I met Kudut when I was sweeping my classroom after teaching. I asked it to move away, but it gave a funny look as if saying..."So what?"... Wahhh, ini katak aaa....lagi mau main2 ooo....Got no choice, I lifted it and put it outside and it repeated for the next many more nights.

Tu ceriter tahun dulu. Now it still comes visiting me once in a while... We used to communicate to each other.. Some nights, I told it to jump and believe it or not......it........(to be continued..)

Fa said.....

Mmmm...tunggu next chapter ye... :)

Cerita bermula bila saya di dapur. Di luar tingkap tiba2 saya nampak seekor katak duduk elok je atas washing machine. Eeeeeee....cukup menggeli geleman kan. Saya pun cepat2 panggil hubby (dah biasa dah saya mintak dia buangkan mana-mana katak yang sesat!!).

Tapi belum sempat nak buang, hubby bagi tau Kudut nak ambik gambar dgn dia....hehehehehe....tak sampai hati saya nak mengecewakan Kudut dan tuannya Kudut, saya pun cepat2 capai kamera.

Gambar tak clear sebab saya tak boleh
nak fokus lama2, anytime dia boleh
melompat atas kepala saya !!!!!!!

Heeee....idak ke mike geli Yeop oiiiii....

Nampak tak Kudut senyum?
Mesti Kudut kata.......
waaa...sekalang gua sulah glemer!!

I dont know whether masa ni neighbour dengar saya terjerit2. Dah beberapa kali Kudut terlepas dari tangan hubby !!!

Teringat saya dulu, saya pernah lihat di TV ada seorang wanita Melayu yang terlampau sukakan katak. Cadar dan bantal, seliper tidur, tuala, penanda buku mesti ada gambar katak. Bila pergi travel, confirm dia akan bawa balik apa saja yang ada rupa katak. Tak kira samada mug, pinggan, tong sampah, lapik kaki. Rumahnya dipenuhi dgn benda2 yang ber`katak'.

Mujurlah hubby ada Kudut je. Bayangkan kalau dibawaknya semua katak2 yang ada masuk dalam bilik !!!! Mau tumpooooooooo teman!! Hahaha.......

(Teringat saya pada Aqil. Masa kecik, Aqil suka sangat main kumbang. Bila dapat kumbang yang besar2, Aqil akan letak pada bajunya dan biarkan kumbang tu merayap2 sampai naik ke bahu !!)

Friday, January 8, 2010

Lunch untuk AKAK

Selalunya setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat (kalau tak silap Fa) akak mesti menayangkan berbagai hidangan di berbagai restoran ketika akak pergi makan tengahari. Tapi hari ni, Fa nak cadangkan akak try lauk ni. Tapi akak makan tak ikan keli? Kalau tak makan, tak dapek den nak nolong!



Ikan keli pedas ni kegemaran kami anak beranak. Selalunya bila beli ikan yang agak pelik2 sikit, hubby yang terror masak. Me? Masak lemak cili api any time. Boleh masak sambil pejam mata....hehe

Cuba akak tengok dalam peti ais, ada lagi tak tempoyak? Kalau ada tumbuk halus cili api, letak garam sikit..haaa...gaul rata2.

Akak makan tak ni? Fa dah jemu makan yang fresh, terjumpa pulak ni kat Pasaraya Tunas Manja. Ambiklah sebotol, buat kudap-kudap. Hehehe.....

Okay, kita dah beri cadangan. Masa akak baca ni, Fa tengah nak mengemas2 rumah. Hari ni hari Jumaat, Fa tak ada kelas. Hubby sorang je mengajar sampai pukoi 12.30 nanti. Lepas tu Fa nak pegi Mesra Mall, hubby nak cari buku rujukan kat Popular....nanti masa dia pegi sembahyang Jumaat, masa tu boleh lah kita melencong ke tempat lain......cuci-cuci mata yang rabun niii... :)

(mmm...nampak macam akak tengah menelan air liur je tuuu....kihkihkih)



Related Posts with Thumbnails